Proses pembenihan awan di Sabah bermula hari ini

Hajiji memaklumkan TUDM yang berpangkalan di Labuan menyediakan sokongan logistik untuk operasi pembenihan awan di Sabah.
Hajiji memaklumkan TUDM yang berpangkalan di Labuan menyediakan sokongan logistik untuk operasi pembenihan awan di Sabah.
A
A
A

KOTA KINABALU - Operasi pembenihan awan untuk menghasilkan hujan bagi mengurangkan situasi kemarau yang dihadapi di Sabah dimulakan pada Khamis.

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor memaklumkan pasukan operasi pembenihan awan tersebut telah berlepas dari Labuan.

"Pasukan Operasi Pembenihan Awan Sabah berlepas dari Labuan. Semoga dipermudahkan segalanya," kongsinya bersama beberapa gambar mengenai operasi tersebut.

Hajiji pada Rabu memaklumkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mencadangkan operasi pembenihan awan dilaksanakan pada Khamis hingga Sabtu bagi kawasan yang terjejas di negeri ini.

Pasukan Operasi Pembenihan Awan Sabah berlepas dari Labuan.
Pasukan Operasi Pembenihan Awan Sabah berlepas dari Labuan.

Katanya, kos untuk pembenihan awan akan ditanggung sepenuhnya oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan MetMalaysia telah bersetuju menyediakan sumber manusia serta bantuan teknikal untuk tujuan itu.

Beliau turut memaklumkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berpangkalan di Labuan akan menyediakan sokongan logistik dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Jabatan Ketua Menteri.

Artikel Berkaitan: