Wardah Youth Ambassador dan Emina Girl Gang Ambassador platform sebarkan penjagaan kecantikan

Ambassador dan Emina Girl Gang Ambassador sebagai platform menyebarkan ilmu penjagaan kecantikan kulit wajah dalam kalangan wanita.
Ambassador dan Emina Girl Gang Ambassador sebagai platform menyebarkan ilmu penjagaan kecantikan kulit wajah dalam kalangan wanita.
A
A
A

SHAH ALAM - Paragon Technology and Innovation (Paragon) menerusi jenama Wardah, Kahf dan Emina memperkenalkan Wardah Youth Ambassador dan Emina Girl Gang Ambassador sebagai platform menyebarkan ilmu penjagaan kecantikan kulit wajah dalam kalangan wanita.

Ketua Perdagangannya, Pravita Suwarno berkata, platform tersebut membolehkan jenama mereka dikenali lebih ramai khususnya buat pengunjung program Iftar Ala Madinah@Karangkraf.

PRAVITA
PRAVITA

“Ia dibuat untuk mengumpulkan semangat positif daripada wanita di Malaysia bagi memberikan pendidikan kulit wajah melalui produk kami kepada pengunjung dan membentuk komuniti setempat.

“Selain itu, pengunjung turut berpeluang mengenali dengan lebih dekat kedua-dua produk iaitu Emina yang dirumus khas buat remaja antara 10 hingga 15 tahun manakala Wardah pula menekankan kecantikan bagi golongan dewasa.

“Kami sangat bangga kerana berpeluang untuk berkolaborasi dengan Karangkraf selain dapat mengembangkan lagi jenama Wardah dengan memberikan sampel produk kepada 300 pengunjung terawal selama lima hari ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Pengunjung yang hadir ceria apabila mendapat cenderahati daripada Wardah.
Pengunjung yang hadir ceria apabila mendapat cenderahati daripada Wardah.

Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf yang bermula sejak 13 Mac lalu dan kini dibuka kepada 2,000 penyertaan mampu memberikan peluang kepada orang ramai untuk merasai pengalaman berbuka puasa seperti di Masjid Nabawi, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat.

Dalam pada itu, Pravita berkata, program berbuka puasa itu telah memberi peluang kepada beliau untuk menyantuni komuniti dan pengunjung dalam memperkenalkan produk berkenaan.

“Pertama sekali saya nak ucapkan tahniah kepada Karangkraf kerana berjaya membuat acara begini dan sambutannya sangat meriah dan luar biasa sejak dahulu lagi.

Pengunjung lelaki juga teruja menerima cenderahati daripada Kahf ketika hadir pada program Iftar Ala Madinah@Karangkraf.
Pengunjung lelaki juga teruja menerima cenderahati daripada Kahf ketika hadir pada program Iftar Ala Madinah@Karangkraf.

“Selain berpeluang memperkenalkan produk kepada orang ramai, kami juga membuka reruai yang membolehkan pengunjung mendapatkan pelbagai jenis minuman secara percuma dan memudahkan mereka berbuka puasa.

“Program ini memberi kesempatan kepada kami untuk memberi impak positif kepada masyarakat bersesuaian dengan kempen yang dilancarkan Wardah iaitu Teruskan Langkah Baikmu manakala Kahf pula #DetikDetikBerkat,” ujarnya.