Israel tembak rakyat Palestin dari jarak dekat, 'tanam' mayat guna jentolak

Imej menunjukkan jentolak milik tentera Israel menanam mayat dua rakyat Palestin yang ditembak dari jarak dekat.
Imej menunjukkan jentolak milik tentera Israel menanam mayat dua rakyat Palestin yang ditembak dari jarak dekat.
A
A
A

GAZA - Kekejaman tentera Israel terhadap rakyat Palestin sudah semakin melampau dan tidak terkawal sehingga tergamak menanam mayat rakyat Palestin yang ditembak mati oleh Zionis itu menggunakan jentolak.

Rakaman sebuah video terbaharu yang dikongsi Al Jazeera Arabic menunjukkan askar Israel menembak mati dua rakyat Palestin yang tidak bersenjata ketika mereka berjalan di kawasan lapang di sepanjang pantai di utara Semenanjung Gaza.

Seorang daripada lelaki berkenaan kelihatan melambai sehelai kain putih, untuk menunjukkan bahawa mereka bukan ancaman. Bagaimanapun, kedua-duanya telah ditembak dari jarak dekat sebelum mayat mereka ditanam di bawah pasir oleh jentolak tentera Israel. - Al Jazeera/Awani

Artikel Berkaitan: