Hutan tepi jalan raya Gerik-Jeli terbakar

Sepasukan anggota bomba menggunakan kaedah 'fire break' dan aliran air daripada jentera untuk kawal kebakaran hutan di tepi jalan JRTB di Gerik. Foto: Bomba Perak
Sepasukan anggota bomba menggunakan kaedah 'fire break' dan aliran air daripada jentera untuk kawal kebakaran hutan di tepi jalan JRTB di Gerik. Foto: Bomba Perak
A
A
A

GERIK- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berjaya mengawal kebakaran hutan di kawasan di tepi Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tugu Peringatan dekat sini pada Rabu.

Pengarahnya, Sayani Saidon berkata, panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik pada jam 2.46 petang melibatkan lalang di tepi jalan, daun dan kayu kering hutan seluas empat hektar.

"Setibanya jentera di lokasi kejadian, kebakaran melibatkan kawasan hutan di tepi laluan Gerik ke Jeli, Kelantan.

"Operasi pemadaman dilakukan dengan kaedah 'fire break' dan menggunakan aliran air daripada jentera. Api berjaya dikawal dalam tempoh 16 minit," katanya.

Menurut beliau, seramai 12 anggota termasuk bantuan jentera tangki air daripada BBP Pengkalan Hulu terlibat dalam operasi terbabit.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: