39 mangsa, 9 rumah terjejas akibat ribut di Perlis

Antara kerosakan dialami sebuah rumah akibat ribut di Perlis. Foto Facebook
Antara kerosakan dialami sebuah rumah akibat ribut di Perlis. Foto Facebook
A
A
A

KANGAR - Sebanyak 39 mangsa membabitkan sembilan buah rumah di enam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis terjejas dalam kejadian ribut yang berlaku antara jam 4 petang hingga 6 petang Selasa.

Pengarah Kebajikan Masyarakat Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa berkata, empat rumah rosak di DUN Sena akibat ribut itu manakala masing-masing satu rumah di DUN Tambun Tulang, DUN Chuping, DUN Beseri, DUN Santan dan DUN Bintong.

"Kejadian ribut yang berlaku semalam menyebabkan sembilan rumah kediaman mengalami kerosakan yang boleh dibaiki semula dan kesemua rumah ini telah disiasat dan telah diproses untuk pembayaran (bantuan),” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sebanyak 39 mangsa membabitkan sembilan buah rumah di enam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis terjejas dalam kejadian ribut yang berlaku antara jam 4 petang hingga 6 petang Selasa. Foto Facebook

Ku Chik berkata, pihaknya telah melawat mangsa 8 pagi tadi dan menyerahkan bantuan kit bencana selain barangan keperluan dan sumbangan daripada Petronas.

Beliau berkata, pihaknya sedia menawarkan khidmat kaunseling kepada mangsa ribut sekiranya diperlukan. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: