Beli kad pengenalan palsu serendah RM250

Empat pengawal keselamatan warga Filipina ditahan JPN pada Isnin kerana memiliki kad pengenalan palsu.
Empat pengawal keselamatan warga Filipina ditahan JPN pada Isnin kerana memiliki kad pengenalan palsu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Empat pengawal keselamatan warga Filipina dicekup di Brickfields di sini, pada Isnin kerana memiliki kad pengenalan palsu selepas membelinya dengan harga serendah RM250.

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkata, Ops Pengawal Keselamatan itu dijalankan hasil risikan selama dua minggu.

Menurutnya, suspek dipercayai menggunakan kad pengenalan berkenaan antara tempoh satu hingga 10 tahun sebagai identiti bagi tujuan mendapatkan pekerjaan.

"Mereka memperoleh kad pengenalan tersebut daripada ejen dengan bayaran RM250 hingga RM300," katanya pada Rabu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kesemua suspek lelaki terbabit dipercayai tidak mempunyai hubungan kekeluargaan, sebaliknya hanya rakan sekerja.

Katanya, suspek berusia lingkungan 31 hingga 65 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 25(1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.

"Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: