Pengawal keselamatan jujur, serah wang setengah juta kepada polis

Wang tunai yang dijumpai dalam bagasi di tempat parkir di pusat beli-belah di Damansara, Petaling Jaya pada Rabu.
Wang tunai yang dijumpai dalam bagasi di tempat parkir di pusat beli-belah di Damansara, Petaling Jaya pada Rabu.
A
A
A

PETALING JAYA - "Ini tindakan yang bertanggungjawab dan perlu dicontohi semua pihak, kata orang awam, Muhammad Khairul Hasan 31"."

Dia mengulas demikian berhubung sikap jujur pengawal keselamatan dan pihak pengurusan sebuah pusat beli-belah di Damansara, di sini yang menemukan satu beg bagasi berisi wang tunai berjumlah lebih RM500,000 di tempat meletak kenderaan, pada Rabu.

Kata Khairul, dia mengetahui kisah itu selepas membaca laporan berita di beberapa portal tempatan.

"Kejujuran pengawal keselamatan dan rakan setugasnya itu sangat hebat, sebelum menyerahkan wang tunai itu kepada pihak polis untuk tindakan mengesan pemilik.

"Pihak polis agensi bertanggungjawab untuk selesaikan kes ini sebaiknya," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sekitar pusat beli-belah pada Khamis.

Hussein (dua, kiri) menunjukkan wang tunai dalam bagasi yang ditemui pengawal keselamatan sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, pada Rabu.
Hussein (dua, kiri) menunjukkan wang tunai dalam bagasi yang ditemui pengawal keselamatan sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, pada Rabu.

Tinjauan Sinar Harian di kawasan parkir pusat beli-belah terbabit mendapati setiap tingkat terdapat seorang pengawal keselamatan bertugas.

Suasana di pusat beli-belah yang menempatkan pelbagai premis makanan, pakaian, aksesori wanita dan pawagam itu juga kelihatan tenang dengan suasana selesa.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, pihak pengurusan pusat beli-belah terbabit ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai penemuan wang tunai terbabit, sebaliknya menyerahkan siasatan itu kepada pihak polis.

Difahamkan, bagasi berkenaan ditemui seorang pengawal keselamatan yang membuat rondaan sebelum memaklumkan kepada pengurusan pusat beli-belah.

Pada Khamis, dalam satu sidang akhbar, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang memaklumkan laporan diterima pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Pemeriksaan pada beg bagasi warna merah jambu dan putih bersaiz sederhana itu didapati berisi nota wang kertas RM50 dan RM100 dengan jumlah keseluruhan melebihi RM500,000.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!