Barang tiruan: KPDN Sarawak serbu gudang di Kuching

Anggota penguatkuasaan KPDN Sarawak memeriksa barangan elektronik kenderaan tiruan di Taman Perindustrian Demak Laut ketika serbuan pada Selasa. - Foto: FB KPDN Sarawak
Anggota penguatkuasaan KPDN Sarawak memeriksa barangan elektronik kenderaan tiruan di Taman Perindustrian Demak Laut ketika serbuan pada Selasa. - Foto: FB KPDN Sarawak
A
A
A

KUCHING - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak menyerbu sebuah gudang disyaki menjual barang elektronik kenderaan tiruan di Taman Perindustrian Demak Laut dekat sini pada Selasa.

Pengarah KPDN Sarawak, Matthew Dominic Barin berkata, seorang wanita tempatan yang mengaku sebagai penyelia premis berkenaan turut ditahan.

"Hasil pemeriksaan, KPDN menyita 902 unit barangan elektronik kenderaan dengan anggaran bernilai RM442,977 terdiri pelbagai jenis barang seperti Android Car Player, kamera papan pemuka (Dashcam) dan pembesar suara (Speaker) yang disyaki telah melakukan kesalahan dan disiasat di bawah Akta Cap Dagangan 2019,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam jagaan atau kawalannya bagi maksud perdagangan apa-apa barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah.

"KPDN ingin memberikan peringatan serta amaran kepada mana-mana peniaga agar tidak melakukan aktiviti menjual barang yang tidak mendapat kelulusan atau kebenaran pemilik cap dagangan berdaftar yang sah,” katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: