Lotus’s Malaysia kongsi keberkatan Ramadan

Kanak-kanak dari Pertubuhan Kasih Bestari bergambar kenangan bersama BoboiBoy dan Mechamato serta kakitangan Lotus's.
Kanak-kanak dari Pertubuhan Kasih Bestari bergambar kenangan bersama BoboiBoy dan Mechamato serta kakitangan Lotus's.
A
A
A

SHAH ALAM - Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) menghayati keistimewaan Ramadan dengan kerja amal, sokongan komuniti dan usaha sukarelawan di empat lokasinya di Semenanjung Malaysia.

Pengarah Khidmat Korporat Lotus’s Malaysia, Azliza Azmel berkata, salah satu program anjurannya adalah bersama Food Aid Foundation,#KitakanJiran Ramadan Cookout telah dianjurkan dan melibatkan 100 sukarelawan Lotus’s Malaysia.

“Kami menyediakan dan mengagihkan 2,000 juadah berbuka puasa kepada rumah kebajikan, surau dan masjid yang berdekatan di Kota Bharu, Kelatan; Seberang Jaya Pulau Pinang; Melaka dan Shah Alam, Selangor.

“Pada tahun ini, Lotus’s telah berkongsi keberkatan Ramadan dengan membawa keriangan kepada golongan kurang bernasib baik dan memupuk rasa bertanggungjawab terhadap komuniti dalam kalangan warga kerjanya.

“Program ini juga melibatkan semua rakan niaga kami yang telah menyumbangkan pelbagai produk dan baucar secara keseluruhannya bernilai RM28,000 untuk kegunaan anak-anak ini dan rumah kebajikan yang didiami mereka,” katanya ketika ditemui di program #KitakanJiran Cookout yang diadakan di cawangan Lotus’s Shah Alam di sini, pada Selasa.

Lotus's bersama kanak-kanak dari Pertubuhan Kasih Bestari, Subang.
Lotus's bersama kanak-kanak dari Pertubuhan Kasih Bestari, Subang.

Pada program itu, Lotus’s telah meraikan 40 kanak-kanak dari Pertubuhan Kasih Bestari, Subang dan mengagihkan makanan kepada empat komuniti setempat.

Beliau berkata, pada tahun ini juga merupakan julung kali Lotus’s bekerjasama dengan syarikat animasi tempatan, Animonsta dan telah menyediakan ruang dan memberi peluang untuk anak-anak berinteraksi dan menyertai aktiviti-aktiviti seperti Meet & Greet bersama BoBoiBoy dan Mechamato, BoBoiBoy Galaxy Run, anyaman kertas dan lukisan batik.

Artikel Berkaitan:

“Ramadan bertambah istimewa dengan penyediaan 2,400 bekas bubur lambuk untuk orang ramai oleh Adabi dan sukarelawan Lotus’s di Melaka dan Shah Alam,” katanya.

Mengulas lanjut, Azliza berkata, pada awal Mac, Lotus’s Malaysia telah melancarkan kempen Sama-Sama Riang Berganda yang menawarkan pelbagai promosi dan ganjaran sehingga 24 April 2024.

“Kempen selama 10 minggu ini memberi pelanggan penjimatan sehingga 50 peratus untuk barangan seperti makanan, minuman, bahan-bahan segar, pakaian dan peralatan dapur.

Para sukarelawan sedang menyiapkan bahan pada program #KitakanJiran Ramadan Cookout yang diadakan di Lotus's Shah Alam.
Para sukarelawan sedang menyiapkan bahan pada program #KitakanJiran Ramadan Cookout yang diadakan di Lotus's Shah Alam.

“Pelanggan boleh mencuba pelbagai makanan dan minuman dari 25 jenama terkenal sebelum membuat pembelian di Lotus’s Raya World yang terdapat di 22 cawangan kami,” kata Azliza.

Pelanggan juga dapat menyertai aktiviti Raya World Roadshow yang akan berlangsung di Melaka Peringgit (30 Mac dan 31 Mac 2024) dan Kota Bharu (6 April dan 7 April 2024) untuk memenangi pelbagai barangan jenama Lotus’s dan baucar.

Untuk memeriahkan sambutan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, BoBoiBoy Malaysia akan menjalankan aktiviti-aktiviti yang direka khas untuk keceriaan keluarga-keluarga dan kanak-kanak di 11 Lotus’s Malls yang terpilih.

Aktiviti-aktiviti ini termasuk sesi Meet and Greet bersama BoBoiBoy, permainan digital interaktif seperti Galaxy Run dan Roblox, bengkel seni dan kraf serta pelbagai pertandingan yang menarik.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28