McDonald’s Malaysia rai, imarah Ramadan

Antara sukarelawan yang menyediakan 2,000 bekas bubur lambuk untuk diedarkan kepada penduduk Kampung Pasir Baru.
Antara sukarelawan yang menyediakan 2,000 bekas bubur lambuk untuk diedarkan kepada penduduk Kampung Pasir Baru.
A
A
A

KUALA LUMPUR - McDonald’s Malaysia meneruskan usaha kemasyarakatannya sempena Ramadan dengan menaja hidangan berbuka puasa dan moreh di masjid serta surau di seluruh negara menerusi Program Ramadan McDonald’s Malaysia.

Ketua Pegawai Teknologi McDonald's Malaysia, Zaid Hasman berkata, Program Ramadan McDonald’s Malaysia itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab pihaknya untuk membantu komuniti Muslim tempatan.

"Kejayaan McDonald's Malaysia pada hari ini adalah hasil sokongan semua yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Jadi, kami menjalankan pelbagai inisiatif kemasyarakatan yang memberi impak positif terutamanya kepada komuniti yang berada di sekitar operasi kami” katanya.

ZAID HASMAN
ZAID HASMAN

Beliau berkata demikian kepada media semasa Program Ramadan McDonald’s Malaysia di Kampung Pasir Baru, Pantai Dalam sini, baru-baru ini.

Difahamkan, Program Ramadan McDonald’s Malaysia telah memasuki tahun ke-10 pelaksanaannya sejak dimulakan pada tahun 2015.

Pada tahun ini, McDonald's Malaysia mengadakan gotong-royong majlis berbuka puasa dan moreh bersama-sama kariah Madrasah Al-Syukriah.

Selain menyiapkan juadah bubur lambuk, McDonald’s Malaysia turut menyumbang Kotak Rezeki yang mengandungi barang keperluan harian kepada komuniti yang memerlukan di kawasan kampung berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Sukarelawan sedang membungkus nasi minyak, kari kambing untuk persediaan berbuka puasa.
Sukarelawan sedang membungkus nasi minyak, kari kambing untuk persediaan berbuka puasa.

“Setiap tahun, dianggarkan lebih 19,000 aktiviti kemasyarakatan berjaya dianjurkan, membabitkan restoran McDonald's di seluruh negara.

“Program mengimarahkan Ramadan bukan saja dilaksanakan di restoran McDonald's, tetapi ia turut diperluaskan ke rumah anak-anak yatim yang dilaksanakan oleh Persatuan Kebajikan Ronald McDonald's Malaysia (RMHC Malaysia) selaku badan kebajikan pilihan syarikat itu,” jelas Zaid.

Zakat dan sumbangan

Zaid (dua dari kanan) menyerahkan Kotak Rezeki kepada komuniti Kampung Pasir Baru, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Zaid (dua dari kanan) menyerahkan Kotak Rezeki kepada komuniti Kampung Pasir Baru, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.



Tambah Zaid, McDonald’s Malaysia telah menunaikan zakat korporat hampir RM12 juta sejak diwajibkan melaksanakan tanggungjawab itu, tujuh tahun lalu.

Pada tahun 2023, sahaja, McDonald’s Malaysia menunaikan RM2 juta zakat korporat kepada institusi-institusi pengurusan zakat yang diiktiraf oleh majlis agama Islam negeri-negeri.

Pada masa sama, McDonald’s Malaysia sebelum ini turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur selain menyediakan sumbangan air kepada jemaah masjid berhampiran restoran McDonald’s setiap Jumaat.

Sementara itu, Pengerusi Madrasah Al-Syukriah, Muhammad Hazlan Hamdan berkata, pihaknya berbesar hati di atas sumbangan yang diberikan McDonald’s Malaysia kepada ahli-ahli kariah di kawasan itu.

MUHAMMAD HAZLAN
MUHAMMAD HAZLAN

Menurutnya, kira-kira 100 ahli kariah telah hadir bergotong-royong dengan menyembelih tiga ekor kambing dan 25 ekor ayam untuk menyediakan nasi minyak serta bubur lambuk.

"Memang tradisi masyarakat sini, kami suka bergotong-royong termasuk menyembelih haiwan sama-sama untuk dimasak sebelum diberikan kepada penduduk setempat,” katanya yang memaklumkan sebanyak 2,000 pek bubur lambuk berjaya diagihkan kepada penduduk setempat.

Santuni komuniti

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, usaha menyantuni komuniti tempatan akan diteruskan bersempena Ramadan ini.

McDonald's Malaysia dengan kerjasama Harian Metro menyerahkan Kotak Rezeki kepada penduduk Kampung Pasir Baru, Pantai Dalam, Kuala Lumpur yang memerlukan.
McDonald's Malaysia dengan kerjasama Harian Metro menyerahkan Kotak Rezeki kepada penduduk Kampung Pasir Baru, Pantai Dalam, Kuala Lumpur yang memerlukan.

Katanya, Ramadan amat penting bagi umat Islam yang mana ia bukan sahaja bulan untuk memperbanyakkan ibadat, tetapi juga amalan bersedekah.

“Mengambil keberkatan Ramadan, setiap tahun, secara puratanya kami akan menjelajah ke hampir 300 masjid dan surau melalui restoran-restoran kami yang berada di seluruh Malaysia untuk menyumbang hidangan moreh McDonald’s.

“Pada tahun lalu, kami juga telah menaja moreh untuk pelajar-pelajar di 20 buah universiti awam bagi meringankan beban mereka dan meraikan Ramadan bersama,” ujarnya.