Milos Gordic peledak baharu KDA FC

Milos Gordic. FOTO KDA FC
Milos Gordic. FOTO KDA FC
A
A
A

KEDAH Darul Aman (KDA) FC mengumumkan pemain dari Serbia, Milos Gordic sebagai peledak baharu pasukan tersebut bagi musim 2024-2025.

Pemain berusia 31 tahun ini beraksi buat kelab Wuxi Wugo FC di China, sebelum mengambil keputusan untuk bersama Sang Kenari menghadapi saingan Liga Malaysia.

"Milos Gordic sebelum ini beraksi di Liga China dan Serbia. Dengan fizikal sasa dan berketinggian 1.87 meter, beliau akan mengisi posisi penyerang Sang Kenari musim ini," katanya di laman media sosialnya pada Rabu.

Pemain import keempat KDA FC itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar pada petang Rabu.

Milos akan disambut oleh pengurusan kelab, pasukan dan ketua jurulatih bagi meraikan kedatangan ke bumi jelapang padi sebagai pemain Sang Kenari.

"Milos Gordic nama baru di Liga Malaysia, dengan rekod serta pengalaman yang beliau miliki tidak mustahil bakal menjadi senjata pemusnah Sang Kenari dalam memberi cabaran musim ini," ujar kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: