Empat pasukan baharu hangatkan saingan MPFL 2020

Senarai pasukan yang bakal menyahut cabaran MPFL 2020.
Senarai pasukan yang bakal menyahut cabaran MPFL 2020.
A
A
A

KEJOHANAN Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) pada musim ini bakal menyaksikan saingan lebih sengit selepas empat pasukan baharu mengesahkan penyertaan pada edisi kedua kejohanan yang bermula Mac ini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam Facebooknya memaklumkan empat pasukan berkenaan adalah Sarawak, Kelantan, Negeri Sembilan dan KPM-PST Mustangs sekali gus menyaksikan 12 pasukan sah bertanding.

Lapan pasukan lain adalah Pahang Rangers FC, Terengganu, Perak, Kuala Lumpur, Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur City FC, selain juara bertahan Selangor.

Kejohanan MPFL akan bermuda dari 14 Mac hingga 30 September ini dengan menggunakan format timbal balik.

Lapan pasukan terbaik selepas berakhirnya saingan liga akan berentap dalam saingan kalah mati Piala Futsal Malaysia dari 31 Oktober hingga 12 Disember ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: