Pendaftaran PADU percuma, tiada bayaran dikenakan

Antara iklan perkhidmatan pendaftaran PADU berbayar di laman sosial.
Antara iklan perkhidmatan pendaftaran PADU berbayar di laman sosial.
A
A
A

PUTRAJAYA - Orang ramai diingatkan agar berhati-hati jika terdapat pihak menawarkan perkhidmatan berbayar bagi pendaftaran dan pengemaskinian sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Kementerian Ekonomi dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, pendaftaran dan pengemaskinian PADU boleh dilakukan menerusi laman sesawang padu.gov.my secara percuma dan tiada bayaran dikenakan.

"Selain membazirkan wang ringgit, data peribadi anda juga di tangan mereka," kata kenyataan itu pada Rabu.

Menurut kenyataan itu, orang ramai boleh mengunjungi pejabat Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) di setiap negeri sekiranya memerlukan.

"Cepat dan daftar kemas kini PADU sebelum Ahad ini," jelas kenyataan itu.

PADU dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Januari lalu dan pendaftarannya dibuka sehingga 31 Mac 2024 bagi membolehkan orang ramai mengemas kini serta mengesahkan maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat.

PADU berperanan untuk memastikan setiap warga negara yang layak menerima manfaat berbentuk bantuan atau perlindungan daripada pelbagai inisiatif kerajaan berfokuskan rakyat.

PADU mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas di Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh PADU, setakat jam 11.59 malam Selasa, seramai 8.45 juta penduduk telah berdaftar menerusi sistem berkenaan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28