Tuduhan PADU gagal tak berasas

Haziq Azfar
Haziq Azfar
A
A
A

SHAH ALAM - Kenyataan pramatang yang dikeluarkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi kononnya sistem Pangkalan Data Utama (PADU) gagal adalah tidak berasas dan mempamerkan ketidakfahaman beliau terhadap konsep pelaksanaan subsidi bersasar.

Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Haziq Azfar Ishak berkata, kejayaan atau kegagalan sistem PADU hanya boleh dinilai melalui keberkesanan agihan subsidi bersasar yang akan dilaksanakan berdasarkan pergantungan terhadap sistem itu.

Beliau berkata, hakikatnya, konsep subsidi bersasar itu telah lama dibincangkan sejak pentadbiran Perdana Menteri keenam lagi sehinggalah pentadbiran Pakatan Harapan 2018 hingga 2020.

"Cabaran terbesar pelaksanaan subsidi bersasar yang adil hanya boleh dilaksanakan melalui pengwujudan pangkalan data yang mengintegrasikan kesemua data agensi kerajaan bagi memastikan 'near real time' data.

"Bagaimanapun, kenyataan Dr Mohd Puad tanpa pengisian tidaklah mengejutkan kerana keghairahan beliau berkali-kali melakukan serangan terbuka terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menunjukkan ketidakpuasan hati pada sosok individu, bukannya isu atau permasalahan sebenar," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Media tempatan pada Ahad melaporkan Mohd Puad menyifatkan kegagalan sistem PADU adalah cerminan kepada kegagalan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Pemimpin UMNO itu berkata, PADU gagal kerana sistem kerja gagal dan komunikasi yang gagal.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: