Ranking FIFA: Indonesia potong ranking Malaysia

Ketua pasukan negara, Dion Cools (kanan) dan penyerang negara, Romel Morales (kiri) kecewa selepas tewas kepada pasukan Oman pada perlawanan Kumpulan D bagi Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 di antara Malaysia menentang Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. Foto Bernama
Ketua pasukan negara, Dion Cools (kanan) dan penyerang negara, Romel Morales (kiri) kecewa selepas tewas kepada pasukan Oman pada perlawanan Kumpulan D bagi Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 di antara Malaysia menentang Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. Foto Bernama
A
A
A

INDONESIA bakal memintas Malaysia buat kali pertama sejak lima tahun dalam kedudukan ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selepas meraih dua kemenangan ke atas Vietnam dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.

Mengikut pengiraan tidak rasmi laman Footranking, Indonesia naik sembilan anak tangga ke kedudukan ke-133 susulan dua kemenangan tersebut selepas memungut 30.04 mata.

Skuad kendalian Shin Tae Yong itu tampil dengan prestasi mengagumkan apabila menewaskan Golden Star Warriors 1-0 di Stadium Bung Karno untuk mengutip 15.37 mata.

Mereka kemudiannya sekali lagi menundukkan lawan sama di Stadium My Dinh pada Selasa untuk meraih 14.66 mata sekali gus mengumpul 1,072.66 mata.

Harimau Malaya pula jatuh lima anak tangga selepas tewas dua perlawanan kepada Oman juga dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.

Kekalahan itu menyaksikan skuad negara bakal turun lima anak tangga dari kedudukan ke-132 ke kedudukan ke-136 dunia.

Malaysia tewas 0-2 pada perlawanan di Kompleks Sukan Sultan Qaboos Jumaat lalu untuk kehilangan 7.98 mata dan kemudian kehilangan 7.65 mata lagi selepas kalah kali kedua kepada lawan sama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa.

Untuk rekod, kali terakhir Indonesia berada di atas Malaysia adalah pada Februari 2019 pada kedudukan 159 dunia berbanding Harimau Malaya ke-167.

Artikel Berkaitan:

Kedudukan rasmi ranking FIFA tersebut akan dikemaskini pada 4 April nanti.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28