Naik taraf semua fasiliti Sukma Sarawak 2024 siap Jun

Semua fasiliti sukan yang sedang dinaik taraf di Sarawak akan siap menjelang bulan Jun ini.
Semua fasiliti sukan yang sedang dinaik taraf di Sarawak akan siap menjelang bulan Jun ini.
A
A
A

SEMUA fasiliti sukan yang sedang dinaik taraf di Sarawak akan siap menjelang bulan Jun ini sebagai persediaan bagi penganjuran Sukan Malaysia (Sukam) edisi ke-21 yang dijadualkan dari 17 hingga 24 Ogos depan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, persiapan Sukma 2024 berjalan dengan lancar, dengan beberapa fasiliti yang sedang dibaik pulih sudah hampir siap sepenuhnya.

“Semalam saya pergi ke tiga fasiliti, antaranya Dewan Wushu baharu yang sedang dalam pembinaan dan mereka (kontraktor) beri jaminan Dewan Wushu itu akan siap Jun ini.

“Selain itu, saya juga melawat Stadium Sarawak yang akan digunakan untuk acara balapan dan acara padang, serta Kampung Sukan, tempat kontinjen Sarawak akan berkampung,” katanya selepas Majlis Pelancaran EV Motorcycles MYUS Autotech X Ebixon di Kuching, pada Selasa.

Abdul Karim berkata Sarawak antara negeri yang memberikan penekanan terhadap pembangunan sukan dan perkara itu telah mendapat perhatian pihak Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Beliau berkata, Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria semasa mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Isnin telah menyatakan hasrat beliau untuk berusaha membawa lebih banyak sukan peringkat antarabangsa ke Sarawak.

“Kita mempunyai kemudahan yang cukup, baik dari segi fasiliti akuatik dan stadium. Ini adalah sesuatu yang baik dalam usaha saya serta pasukan saya untuk menjadikan Sarawak negeri sukan berprestasi tinggi,” katanya. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: