Polis sudah tahan guru pukul, kasari isteri secara seksual

Seorang penjawat awam ditahan bagi membantu siasatan mengasari kes isterinya secara seksual di Taman Scientex, Pasir Gudang. Gambar hiasan
Seorang penjawat awam ditahan bagi membantu siasatan mengasari kes isterinya secara seksual di Taman Scientex, Pasir Gudang. Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang penjawat awam ditahan bagi membantu siasatan mengasari kes isterinya secara seksual di Taman Scientex, Pasir Gudang.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Sohaimi Ishak berkata, sebelum itu, beberapa keping gambar tangkap layar perbualan Whatsapp yang dimuat naik pemilik akaun sebuah media sosial, X dikesan pihaknya pada Isnin.

Jelasnya, semakan mendapati hantaran itu mempunyai kaitan dengan siasatan berkait laporan polis bertarikh 11 Januari 2024 yang dilakukan oleh seorang wanita.

"Dalam kejadian itu, wanita terbabit mendakwa dipukul dan dikasari secara seksual oleh suaminya, kira-kira 11 malam Ogos 2023 di kawasan Taman Scientex, Pasir Gudang.

"Susulan laporan diterima, suspek yang juga suami wanita berkenaan berusia 29 tahun sudah ditahan pada 13 Januari lalu sebelum direman selama tujuh hari," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut Sohaimi, suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman tamat sementara menunggu arahan lanjut daripada Timbalan Pendakwa Raya berhubung siasatan berkenaan.

"Lelaki terbabit disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh dua puluh tahun jika disabit kesalahan.

"Orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan dan menimbulkan salah faham di kalangan masyarakat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, tular tangkap layar seorang wanita mendakwa dikasari oleh suaminya yang dipercayai bertugas sebagai guru sehingga menyebabkan dirinya mengalami keguguran kandungan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Polis sudah tahan guru pukul, kasari isteri secara seksual #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #BuletinTikTok #Semasa #Nasional #Jenayah #Kes #Guru #Pukul #Dera #Isteri #Keguguran #Polis

original sound Sinar Harian