Pemuda MCA bantah kenaikan cukai tanah di Johor

Pemuda MCA Johor mengadakan "flash mob" bantah kenaikan cukai tanah di Batu Pahat hari ini.
Pemuda MCA Johor mengadakan "flash mob" bantah kenaikan cukai tanah di Batu Pahat hari ini.
A
A
A

BATU PAHAT - Pemuda MCA Johor akan terus berusaha membantah kenaikan cukai tanah di negeri itu.

Ketuanya, Ling Tian Soon berkata 'flash mob' bantahan kenaikan cukai tanah yang dilakukan antara usaha yang diambil selain penyerahan surat bantahan kepada Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

"Hari ini seramai 40 Pemuda MCA mengadakan 'flash mob' membantah kenaikan cukai tanah di hadapan Pejabat Tanah Batu Pahat.

"Ini usaha kedua selepas kami menghantar surat bantahan kenaikan cukai tanah kepada Menteri Besar Johor pada Ahad lepas," katanya hari ini.

Tian Soon yang juga Setiausaha Pengurusan Kebangsaan MCA mendakwa kenaikan cukai tanah paling minimum sebanyak 30 peratus membebankan rakyat kerana kos sara hidup rakyat semakin tinggi.

"Pemuda MCA akan terus mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) agar membawa suara rakyat yang membantah kenaikan cukai tanah masuk ke dalam sidang Dewan Undangan Negeri ( DUN)," katanya.

Artikel Berkaitan: