Format baharu pengisytiharan harta dikuatkuasakan dalam masa terdekat

Azalina Othman Said. Foto fail Bernama
Azalina Othman Said. Foto fail Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Pengisytiharan harta bagi anggota pentadbiran dan ahli Parlimen yang dicadangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) akan dikuatkuasakan menggunakan format baharu dalam masa terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, JKKTN sebelum ini telah bersetuju untuk cadangan penambahbaikan format pengisytiharan harta.

“Bagaimanapun, format pengisytiharan harta sedia ada hendaklah ditambahbaik agar maklumat yang diberikan tepat dan telus sebelum pengisytiharan harta dilaksanakan semula.

“Susulan daripada keputusan tersebut, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Julai 2023 bersetuju supaya format pengisytiharan harta baharu yang lebih komprehensif disediakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai langkah penambahbaikan,” dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian susulan menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) berhubung pengisytiharan harta Perdana Menteri dan Menteri Kabinet yang masih belum dilaksanakan.

Sebelum ini, pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) Siri ke-17 yang diadakan pada 6 Julai 2023 dan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju agar semua anggota pentadbiran mengisytiharkan harta.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: