Treler elak kereta rempuh 10 kenderaan di laluan bertentangan

Keadaan di lokasi nahas membabitkan 11 kenderaan di Lebuhraya Pasir Gudang.
Keadaan di lokasi nahas membabitkan 11 kenderaan di Lebuhraya Pasir Gudang.
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Tidak sempat mengelak kereta yang bertukar lorong dipercayai menjadi punca sebuah lori treler merempuh 10 kenderaan di laluan bertentangan di Kilometer 11.1 Lebuhraya Pasir Gudang menghala Perling pada petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kemalangan membabitkan 12 kenderaan iaitu lapan kereta, tiga lori dan sebuah treler itu berlaku pada jam 4.20 petang.

"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah Mercedes Benz dari arah Perling yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 20-an telah mengubah haluan dari lorong tengah masuk ke lorong kanan.

Tangkap layar video kejadian 11 kenderaan dirempuh sebuah treler di Lebuhraya Pasir Gudang pada petang Isnin.
Tangkap layar video kejadian 11 kenderaan dirempuh sebuah treler di Lebuhraya Pasir Gudang pada petang Isnin.

"Akibatnya sebuah lori treler yang berada di lorong kanan tidak dapat mengelak lalu melanggar Mercedes Benz dan terbabas masuk laluan bertentangan seterusnya melanggar 10 kenderaan yang berhenti di laluan bertentangan," katanya dalam kenyataan pada malam Isnin.

Menurut Raub, dua pemandu wanita dan seorang pemandu lelaki berusia lingkungan 20-an hingga 60-an mengalami cedera ringan iaitu luka di bahagian muka dan telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI).

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Polis meminta saksi yang melihat kejadian kemalangan itu agar tampil ke Balai Polis Trafik Johor Bahru Selatan untuk memberi keterangan kepada polis atau berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Kelly Lee Ya Yek di talian 014-6977122," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, tular video kamera papan pemuka atau 'dasham' berdurasi 35 saat menunjukkan sebuah lori treler yang merempuh kenderaan lain di laluan bertentangan ketika keadaan jalan raya agak sibuk.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28