Bersatu lapor polis isu hina Permaisuri Agong

Ahli Bersatu Cawangan Bandar Pekan sepakat lapor polis desak siasat pemilik akaun Facebook yang menghina Permaisuri Agong.
Ahli Bersatu Cawangan Bandar Pekan sepakat lapor polis desak siasat pemilik akaun Facebook yang menghina Permaisuri Agong.
A
A
A

KUANTAN - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pekan membuat laporan polis di Balai Polis Pekan semalam, berkaitan satu artikel penghinaan terhadap Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Timbalan Ketuanya, Datuk Mohd Mazri Mahmod berkata, artikel yang menghina Tunku Azizah itu adalah satu tindakan biadab yang perlu dikenakan tindakan tegas.

Menurutnya mereka yang melakukan perbuatan itu perlu dihukum kerana secara jelas berniat mencemarkan institusi raja.

Bersatu Cawangan Bandar Pekan bersama Setiausaha (Rosli Yahaya) dan Exco Armada Nasional Mohd Muzammil Ismail membuat satu laporan polis supaya siasatan dilakukan terhadap pemilik akaun Facebook tersebut.

"Cercaan itu dibuat berkaitan usaha murni Tunku Azizah dalam mempertahankan dan memartabatkan tulisan jawi.

"Artikel tersebut didapati daripada akaun Facebook Nengtung Ting yang ditulis dalam bahasa Cina. Penulisan artikel itu menghina Raja Permaisuri Agong yang menggunakan tulisan jawi di dalam akaun Twitter miliknya sebagai langkah untuk memperkasa dan mempertahankan tulisan Jawi berkenaan," katanya.

Sehubungan itu katanya, Bersatu Cawangan Bandar Pekan bersama Setiausaha (Rosli Yahaya) dan Exco Armada Nasional Mohd Muzammil Ismail membuat satu laporan polis supaya siasatan dilakukan terhadap pemilik akaun Facebook tersebut.

Artikel Berkaitan: