Singapura arah Kedutaan Israel padam catatan kontroversi tentang Palestin

K Shanmugam. Foto fail AFP
K Shanmugam. Foto fail AFP
A
A
A

SINGAPURA - Kedutaan Israel di Singapura akur dengan arahan pemerintah negara bandar itu yang mendesak supaya memadamkan catatan kontroversi tentang Palestin di media sosial pada akhir minggu lalu.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, K Shanmugam pada Isnin berkata, beliau memaklumkan kepada Kementerian Luar supaya segera bertindak.

“Catatan 'tidak peka' yang berpotensi mencetuskan ketegangan itu sememangnya tidak boleh diterima.

“Ia berisiko mengancam keselamatan dan keharmonian di Singapura.

"Saya amat kecewa apabila dimaklumkan tentang perkara tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Singapura pernah mengecam Operasi Taufan al-Aqsa dilancarkan pejuang Hamas dan kini mengutuk operasi serangan balas lebih ganas dilancarkan Israel yang sudah melampaui batas. - AFP

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: