Lima mayat pelarian Rohingya ditemui

Anggota Badan Mencari dan Menyelamat Kebangsaan (BASARNAS) membawa mayat yang ditemui semasa operasi mencari pelarian Rohingya. Foto AFP
Anggota Badan Mencari dan Menyelamat Kebangsaan (BASARNAS) membawa mayat yang ditemui semasa operasi mencari pelarian Rohingya. Foto AFP
A
A
A

JAKARTA - Lima mayat pelarian Rohingya ditemui di luar pantai barat Indonesia selepas bot dinaiki mereka terbalik pada minggu lalu.

Pasukan penyelamat menghentikan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dramatik pada Jumaat lalu setelah 75 mangsa berjaya diselamatkan.

“Tiga mayat dijumpai di luar perairan daerah Aceh Jaya di hujung utara Sumatera dan seorang lagi di Aceh Barat di mana kejadian bot terbalik itu berlaku, kira-kira 30 kilometer dari pantai,” kata jurucakap Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) di Jakarta, Mitra Suryono.

Sementara itu, polis mengesahkan mayat kelima ditemui oleh nelayan tempatan pada malam Ahad.

Pihak berkuasa memaklumkan bot yang membawa kira-kira 150 pelarian Rohingya itu dipercayai hanyut di laut selama beberapa minggu sebelum ia karam pada Rabu lalu.

Data UNHCR mendapati kira-kira 1,752 pelarian mendarat di wilayah Aceh dan Sumatera Barat sejak pertengahan November hingga akhir Januari lalu. - AFP

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: