Artis veteran pukul abang ipar direman empat hari

Laporan Sinar Harian pada Isnin
Laporan Sinar Harian pada Isnin
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Seorang artis veteran yang ditahan selepas disyaki memukul abang iparnya di sebuah flat Bandar Tun Razak, Cheras, di sini, direman selama empat hari.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, penyanyi era 80-an yang pernah menyertai sebuah program realiti itu mula direman hari ini hingga Khamis.

Beliau berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 2 petang ketika mangsa berumur 41 tahun itu berselisih faham dengan adik iparnya yang juga merupakan seorang selebriti berusia 64 tahun.

Zam Halim
Zam Halim

"Suspek telah bertindak memukul dan mencederakan mangsa di bahagian kepala serta badan menggunakan besi panjang.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, suspek kemudiannya diberkas sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Cheras kira-kira jam 12.01 tengah malam pada Isnin.

"Suspek diberkas di pekarangan IPD Cheras dan direman empat hari untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Sebarang bentuk jenayah kekerasan dianggap kes serius dan disiasat dengan sebaik mungkin," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28