Astro Oasis penyiar utama World #QuranHour 2024

Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Dr Hussamuddin Yaacub (tengah) bergambar bersama wakil media yang hadir pada Majlis Taklimat Sinergi Media Ummah #GrandReset: Kesatuan dan Transformasi Sosial di Studio My #QuranTime, Kumpulan Karangkraf pada Isnin. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

A
A
A

SHAH ALAM - Astro Oasis menjadi penyiar utama bagi program World #QuranHour 2024 anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) yang akan berlangsung pada 4 April ini.

Pengurus Saluran Astro Oasis, Nadirah Karim berkata, pihaknya diberi kepercayaan dan tanggungjawab sekali lagi untuk menyiarkan program berkenaan secara langsung di kaca televisyen.

Pengurus Saluran Astro Oasis, Nadirah Karim berucap pada Majlis Taklimat Sinergi Media Ummah #GrandReset: Kesatuan dan Transformasi Sosial di Studio My #QuranTime, Kumpulan Karangkraf pada Isnin. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

“Kami juga akan kongsikan siaran tersebut dengan rakan-rakan media Islamik yang lain secara percuma. Kita tidak fikirkan keuntungan, cuma nak pastikan ia diperluaskan sebanyak mungkin.

“Dengan siaran secara langsung ini juga program itu dapat dicapai oleh semua penonton di Malaysia dengan apa-apa saluran yang mereka tonton, jadi semua dapat melihat World #QuranHour 2024 pada hari berkenaan.

“Kami rasa ia fardu kifayah untuk kami dan juga sebagai tanggungjawab korporat sosial,” katanya ketika menghadiri Majlis Taklimat Sinergi Media sempena World #QuranHour 2024.

Turut hadir, Pengasas WUIF, Datuk Hussamuddin Yaacub; Pengurus Saluran Astro Oasis, Nadirah Karim dan Pengurus Besar Program dan Kandungan Penyiaran TV9, Khairunnisa Kamarulzaman.

Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Dr Hussamuddin Yaacub (tengah) bergambar bersama wakil media yang hadir pada Majlis Taklimat Sinergi Media Ummah #GrandReset: Kesatuan dan Transformasi Sosial di Studio My #QuranTime, Kumpulan Karangkraf pada Isnin. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Dr Hussamuddin Yaacub (tengah) bergambar bersama wakil media yang hadir pada Majlis Taklimat Sinergi Media Ummah #GrandReset: Kesatuan dan Transformasi Sosial di Studio My #QuranTime, Kumpulan Karangkraf pada Isnin. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

Artikel Berkaitan:

Antara media dan badan organisasi yang hadir pada majlis berkenaan ialah Astro Awani, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Berita Harian TV3, Bernama, Nu Ideaktiv dan Masjid Negara.

Program World #QuranHour 2024 yang bersiaran langsung di lokasi perdana Masjid Negara Kuala Lumpur akan telah memilih surah Al-Jumu'ah bertujuan memupuk kefahaman dan memangkin perubahan positif serta transformasi masyarakat di peringkat global.

Tambah Nadirah, sekiranya diberi peluang dan kesempatan, Astro Oasis akan memberi sokongan dengan apa sahaja cara supaya dapat menyiarkan program di televisyen.

Menurutnya, pelbagai inisiatif yang berkonsepkan kebaikan dan dakwah, pihaknya akan menjadi sebahagian daripada semua program tersebut.

“Insya-ALLAH kalau diberi peluang, kami akan memberi sokongan sepenuhnya kepada WUIF.

“Astro Oasis bukan sahaja ada platform televisyen, kami juga ada digital melalui Salam Muslim.

“Kalau bukan di kaca televisyen, kami akan bantu di media sosial pula,” tambahnya.

Sementara itu, Khairunnisa mengakui bahawa program World #QuranHour 2024 tersebut merupakan usaha dalam memberikan pandangan kepada umat Islam untuk bersatu walaupun ada pelbagai masalah yang melibatkan agama.

Jelasnya, surah al-Jumuah yang diketengahkan tersebut dapat mempraktikkan orang ramai supaya lebih celik al-Quran.

“Sebelum ini kita tahu surah al-Baqarah dan Yasin sahaja, mungkin dengan program ini sebagai usaha untuk mengetengahkan salah satu surah penting untuk kita terapkan dalam kehidupan seharian,” katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28