Lima wartawan Sinar Harian terima penghargaan Hari Peringatan Polis ke-217

Muhammad Afham menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam majlis yang diadakan di IPK Selangor pada Isnin.
Muhammad Afham menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam majlis yang diadakan di IPK Selangor pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Lima wartawan Sinar Harian menerima sijil penghargaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Hari Peringatan Polis ke-217 yang diadakan serentak di peringkat Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) seluruh negara pada Isnin.

Ketua Meja Jenayah/Mahkamah, Muhammad Afham Ramli menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan manakala wartawan Sinar Harian Sabah, Norasikin Daineh pula daripada Ketua Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun.

Seterusnya, wartawan Meja Jenayah/Mahkamah, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki (Ketua Polis Daerah Klang Selatan), wartawan Sinar Harian Pahang, Nik Amirulmu'min Nik Min (Ketua Polis Daerah Kuantan) serta wartawan Sinar Harian Negeri Sembilan, Norafidah Assan (Ketua Polis Daerah Jempol).

Wartawan Sinar Harian Negeri Sembilan, Norafidah menerima sijil penghargaan daripada Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook.
Wartawan Sinar Harian Negeri Sembilan, Norafidah menerima sijil penghargaan daripada Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook.

Sijil penghargaan ini diberikan atas usaha dan jasa yang dicurahkan sepanjang liputan berkaitan soal kepolisan selain usaha dilaksanakan PDRM dalam membanteras jenayah.

Dalam satu perutusan sempena Hari Peringatan Polis ke-217, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain meminta pegawai dan anggota polis melaksanakan tugas secara profesional dan terus memberikan perkhidmatan bertunjangkan integriti serta tata kelola yang baik.

Razarudin dilaporkan berkata, ia demi mempertahankan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Peringatan Hari Polis disambut pada 25 Mac tahun ini dengan mengekalkan tema 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!