X

Kindly register in order to view this article
!

Empat remaja terlibat kes buli sambung reman

Video menunjukkan pelajar sebuah sekolah menengah agama di Machang disepak baru-baru ini. Gambar kecil: Ganti Jimmy
A
A

MACHANG - Tempoh tahanan reman empat remaja yang terlibat dalam video tular peras ugut seorang pelajar agama di daerah ini disambung sehingga hari ini.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy berkata, reman pertama selama dua hari dan disambung untuk siasatan mengikut Seksyen 384 dan 323 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan dan mendatangkan kecederaan kepada mangsa.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan empat remaja berumur antara 13 hingga 15 tahun ditahan reman dua hari lalu selepas video berkenaan tular dan ahli keluarga mangsa membuat laporan polis.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada 21 November tahun lalu.

Sebelum ini tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp berkaitan sebuah video seorang remaja meminta wang daripada seorang pelajar sebelum mangsa memberinya wang sebanyak RM5.

Bagaimanapun, wang yang diterima tidak mencukupi dan remaja itu kemudiannya bertindak agresif dengan menyepak mangsa sebelum pelajar itu dihalau pulang ke rumah.

ARTIKEL BERKAITAN:

Empat remaja buli pelajar sekolah agama direman dua hari


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus