Isu kesejahteraan komuniti aduan paling tinggi di Selangor

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong (kanan) beramah mesra dengan orang ramai yang hadir ke IPD Klang Selatan, pada Sabtu. Gambar kecil: Hussein
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong (kanan) beramah mesra dengan orang ramai yang hadir ke IPD Klang Selatan, pada Sabtu. Gambar kecil: Hussein
A
A
A

SHAH ALAM - Isu berkaitan Kesejahteraan komuniti antara aduan tertinggi yang diterima pada program Hari Bertemu Pelanggan yang diadakan seluruh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Kontinjen Selangor pada Sabtu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, antara aduan lain yang diterima adalah mengenai kes jenayah, keselamatan setempat, perkembangan siasatan dan penyampaian perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Sebanyak 103 aduan berkaitan kesejahteraan komuniti diterima, di mana daerah Sungai Buloh mencatatkan rekod tertinggi iaitu 14 aduan, disusuli Klang Selatan (11) dan Petaling Jaya (10).

"Sementara itu, 71 aduan berkaitan kes jenayah diterima, di mana daerah Sungai Buloh turut mencatatkan rekod tertinggi iaitu sebanyak 21 aduan, disusuli Klang Selatan (11) dan masing-masing enam aduan di Petaling Jaya serta Kajang," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Hussein berkata, pihaknya merekodkan kehadiran seramai 234 pelanggan sepanjang program berlangsung dari 9 pagi hingga 12 tengah hari.

"Sambutan diterima amat menggalakkan dan kebanyakan pelanggan berpuas hati kerana berpeluang bertemu Ketua Polis Daerah dan menyuarakan aduan. Kita berhasrat meneruskan program berkenaan pada masa akan datang," ujarnya.

Artikel Berkaitan: