Southgate enggan layan spekulasi ganti ten Hag

Southgate dan Ten Hag
Southgate dan Ten Hag
A
A
A

JURULATIH England, Gareth Southgate enggan melayan sebarang spekulasi yang mengaitkannya sebagai pengganti Erik ten Hag untuk membimbing Manchester United.

Sebaliknya beliau mahu fokus membantu Three Lions meraih keputusan positif dalam saingan Euro 2024 di Jerman Jun depan.

Malah jurulatih berusia 53 tahun itu juga melihat khabar angin tersebut sebagai tidak menghormati ten Hag.

"Saya presiden LMA (Persatuan Pengurus-Pengurus Liga) jadi saya benar-benar tiada masa untuk melayan perkara seperti ini," katanya.

Musim panas ini merupakan kejohanan keempat dan terakhir buat Southgate mengendalikan pasukan kebangsaan dengan kontraknya bersama Persatuan Bolasepak England akan tamat pada Disember depan.

Di sebalik spekulasi itu, Southgate mempunyai misi yang lebih besar iaitu fokus membantu Three Lions meraih keputusan positif dalam saingan Euro 2024 di Jerman Jun depan.

Justeru katanya, perbincangan mengenai perkara itu jauh daripada topik, meskipun kontraknya bersama England dijadual berakhir hujung tahun ini.

"Saya ada dua perkara. Pertama, saya ialah pengurus England dan mahu fokus serta mencuba untuk menjulang Kejohanan Eropah.

Artikel Berkaitan:

"Perkara kedua ialah Manchester United masih mempunyai pengurus dan saya fikir adalah satu langkah yang tidak sopan apabila spekulasi itu mengenai pengurus sedia ada," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28