Naratif lapuk Israel sejak dulu

Laporan muka depan Sinar Harian pada Jumaat. (Gambar kecil: Ahmad Martadha)
Laporan muka depan Sinar Harian pada Jumaat. (Gambar kecil: Ahmad Martadha)
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan pelampau rejim Zionis yang mahu menduduki tanah Gaza selepas kira-kira 500 keluarga Yahudi menunjukkan minat untuk membina penempatan haram itu merupakan naratif lapuk diperjuangkan sejak sekian lama.

Penganalisis politik dari Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (COLGIS-UUM), Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, kumpulan pelampau tersebut mempunyai kaitan dengan parti ekstremis Yahudi yang sebelum ini memberikan sokongan kepada Benjamin Netanyahu untuk menjadi Perdana Menteri Israel.

Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
Laporan Sinar Harian pada Jumaat.

Bagaimanapun menurut beliau, tidak semua warga Israel bersetuju atau menyokong tindakan merampas dan membina penempatan haram sebaik sahaja perang Gaza tamat kerana sesetengah daripadanya enggan menyatakan sokongan terhadap Netanyahu.

“Kalau kita tengok parti liberal lain juga ada yang tak bersetuju, jadi naratif yang digunakan oleh penyokong Netanyahu adalah naratif bahawa mereka ada hak untuk menyerang Gaza kerana mereka diserang.

“Sedangkan kita semua tahu pencerobohan Israel terhadap Palestin bukan perkara baharu berlaku, ini agenda yang dimainkan sejak sekian lama.

“Kita faham sejarah bahawa Israel adalah bangsa yang sering dihalau keluar dari mana-mana negara, jadi bagi saya naratif untuk menjustifikasi serangan terhadap Gaza memang diketuai oleh Netanyahu dan konco-konconya,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Tidak semua warga Israel menyokong tindakan merampas dan membina penempatan haram sebaik sahaja perang Gaza tamat kerana sesetengah daripadanya enggan menyatakan sokongan terhadap Netanyahu.
Tidak semua warga Israel menyokong tindakan merampas dan membina penempatan haram sebaik sahaja perang Gaza tamat kerana sesetengah daripadanya enggan menyatakan sokongan terhadap Netanyahu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan muka depan Sinar Harian mengenai rancangan jahat dibuat Daniella Weiss yang digelar sebagai ‘godmother’ oleh gerakan pelampau Yahudi yang mahu menduduki wilayah Gaza selepas perang berakhir menerusi rancangan jahat itu dihebahkan sejak lebih lima bulan lalu.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28