Saf wanita 'lompong', kurang peka atau sengaja?

Gambar tular di laman sosial menunjukkan keadaan saf jemaah perempuan yang lompong dan banyak ruang kosong antara satu sama lain di sebuah masjid di ibu kota.
Gambar tular di laman sosial menunjukkan keadaan saf jemaah perempuan yang lompong dan banyak ruang kosong antara satu sama lain di sebuah masjid di ibu kota.
A
A
A

SHAH ALAM - Kebiasaannya pada bulan Ramadan, orang ramai berpusu-pusu ke masjid kerana tidak mahu ketinggalan menunaikan solat tarawih termasuk golongan wanita.

Bagaimanapun, tular di media sosial gambar saf jemaah wanita yang kelihatan lompong atau terputus dalam satu ruangan solat.

Ada yang memenuhi saf hadapan, ada pula berada di sebelah kanan dan kiri selain berkelompok di beberapa bahagian lain.

Persoalannya, adakan jemaah kurang peka atau sengaja membiarkan saf itu lompong?

Perkara tersebut turut dikongsi oleh seorang pempengaruh media sosial, Zamir Mohyedin di laman Facebooknya pada Jumaat.

Menerusi perkongsian itu, beliau memberitahu, antara sebab ia berlaku adalah jemaah memilih tempat yang selesa seperti mudah untuk menyandar, bawah kipas, dekat dengan pintu keluar dan sebagainya.

"Aku tanya isteri kenapa saf perempuan ada lompong macam ini.

"Ini jawapan aku dapat, pertama malas nak bangun dan pindah sebab nanti kena angkut sejadah dan barang lain sekali.

Artikel Berkaitan:

"Kedua, sebab jemaah bawa sejadah, jadi rapatkan saf maknanya rapatkan sejadah, bukan rapatkan bahu selain mahu duduk dengan geng dia," ujarnya.

Sementara itu, menurut laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, sebaik-baik saf bagi wanita adalah di bahagian paling belakang sekiranya tiada pemisah antara jemaah lelaki dan wanita.

"Namun jika terdapat pemisah antara jemaah lelaki dan wanita, maka keutamaan saf wanita adalah di bahagian paling hadapan.

"Begitu juga jika wanita solat berjemaah dengan kumpulan wanita sahaja, maka saf hadapan adalah lebih utama," katanya.

Kenyataan itu dibuat bagi menjawab pertanyaan berhubung keadaan yang mana ada para wanita berpusu-pusu memenuhkan saf di bahagian belakang sehingga menyebabkan saf hadapan kosong dan menyukarkan jemaah yang baru hadir untuk pergi ke bahagian saf hadapan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28