Fahmi ucap takziah kepada keluarga mendiang Lee Kee Hiong

Hantaran ucapan takziah di aplikasi X Fahmi Fadzil
Hantaran ucapan takziah di aplikasi X Fahmi Fadzil
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu, Lee Kee Hiong yang meninggal dunia hari ini.

Fahmi menerusi satu hantaran di X hari ini berharap semoga ahli keluarga mendiang tabah dan sabar atas pemergian Lee.

"Kali terakhir saya bertemu mendiang adalah ketika kembara RIUH! 2023 di Kuala Kubu Bharu,” katanya.

Sebelum itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengesahkan berita pemergian Kee Hiong, 58, sambil menyifatkannya satu kehilangan besar kepada ramai, terutamanya penduduk Kuala Kubu Baharu yang sudah lama diwakili mendiang.

Pada Pilihan Raya Negeri Selangor yang lepas, Lee mengekalkan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu bagi penggal ketiga sejak menang di kerusi itu pada 2013. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: