Lelaki warga Bangladesh ditemui mati ditetak

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KAJANG - Seorang lelaki disyaki warga Bangladesh dijumpai mati dipercayai dibunuh di kawasan pembinaan lebuh raya, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan kejadian itu pada jam 8.30 pagi.

"Pihak ambulans telah dipanggil dan mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kita telah menjalankan siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa ditemui dalam keadaan cedera dipercayai akibat kesan tetakan," katanya melalui kenyataan media.

Ahmad Dzaffir berkata, punca kejadian masih dalam siasatan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian menghubungi pihak berkuasa.

"Orang ramai mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh berhubung dengan mana-mana balai yang terdekat atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu Asisten Superitenden Vekram Sinnaiah di talian 019-4737108," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: