Prabowo sah pengganti Jokowi

Prabowo bersama Gibran dikerumuni penyokong mereka selepas keputusan tidak rasmi pada 14 Februari lalu menunjukkan beliau telah mendahului Paslon lain. - Foto: Agensi
Prabowo bersama Gibran dikerumuni penyokong mereka selepas keputusan tidak rasmi pada 14 Februari lalu menunjukkan beliau telah mendahului Paslon lain. - Foto: Agensi
A
A
A

JAKARTA - Siapa bakal menjadi pengganti Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi akhirnya terjawab pada malam Rabu selepas calon presiden (Capres) No. Siri Dua, Prabowo Subianto bersama pasangan regunya, Gibran Rakabuming Raka diumumkan sebagai pemenang Pilihan Raya Presiden (Pilpres 2024) yang berlangsung pada 14 Februari lalu.

Pengumuman itu dibuat Ketua Komisi Pemilihan Umum (KPU), Hasim Asy'ari setelah keputusan akhir menunjukkan Menteri Pertahanan bersama Wali Kota Surakarta itu meraih lebih 96 juta undi untuk memenangi majoriti pusingan pertama dengan 58.6 peratus undi.

Capres No. Siri Satu, Anies Baswedan bersama Muhaimin Iskandar pula memperoleh hampir 41 juta undi (24.9 peratus) manakala Ganjar Pranowo-Mahfud MD hanya mendapat 27 juta undi (kira-kira 16 peratus undi).

Keputusan akhir itu diumumkan selepas KPU selesai melakukan rekapitulasi suara peringkat nasional untuk Pilpres 2024.

Pasangan calon (Paslon), Prabowo-Gibran dilaporkan unggul di 36 provinsi dan Anies-Cak Imin menang di dua provinsi manakala undi tidak berpihak kepada Ganjar-Mahfud MD.

Sejak keputusan kiraan undi cepat diumumkan, Prabowo, 72, telah diramalkan secara meluas sebagai pemenang setelah cubaan kali ketiga beliau untuk merebut jawatan tertinggi tersebut.

Bekas jeneral itu dijadualkan mengambil alih jawatan daripada Jokowi pada Oktober depan selepas tempoh peralihan kuasa. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: