Jenazah Mohamad Taslim selamat dikebumikan

Jenazah Mohamad Taslim dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 23 Sungai Nibong di sini malam ini.
Jenazah Mohamad Taslim dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 23 Sungai Nibong di sini malam ini.
A
A
A

SABAK BERNAM - Jenazah pemandu Proton Satria, Mohamad Taslim Jamsari Mohamad, 31, yang maut akibat kemalangan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 23 Sungai Nibong di sini, malam ini.

Mohamad Taslim merupakan mangsa kelima dalam keluarganya yang terkorban dalam kemalangan itu dikebumikan pada jam 9.40 malam tadi.

Jenazah Mohamad Taslim disemadikan berhampiran kubur arwah ibunya, Ruzi Osman, 54, dan neneknya, Asiah Mat, 74, yang kedua-keduanya terlebih dahulu dikebumikan selepas Isyak semalam.

Terdahulu, Mohamad Taslim sebelum ini mengalami kecederaan parah menerima rawatan di zon merah Hospital Sungai Buloh (HSB).

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu kereta mangsa kelima meninggal dunia

Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia pada jam 12.25 tengah hari tadi.

Jenazah Mohamad Taslim disemadikan berhampiran kubur arwah ibunya, Ruzi Osman, 54, dan neneknya, Asiah Mat, 74, yang kedua-keduanya terlebih dahulu dikebumikan selepas Isyak semalam.
Jenazah Mohamad Taslim disemadikan berhampiran kubur arwah ibunya, Ruzi Osman, 54, dan neneknya, Asiah Mat, 74, yang kedua-keduanya terlebih dahulu dikebumikan selepas Isyak semalam.

Jenazah isteri Mohamad Taslim, Ain Fazira Mohd Yazid, 25, dan anaknya, Nur Tiara Arisha Muhammad Taslim berusia sembilan bulan dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Parit 9, Pasir Panjang jam 6. 30 petang semalam.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian jam 12 tengah malam semalam itu, kelima-lima mereka maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 448 Lebuhraya Utara Selatan dekat Sungai Buloh.

Empat termasuk bayi maut nahas dua kenderaan

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar memberitahu, kemalangan membabitkan kereta Proton Satria dan Mitsubishi ASX dalam perjalanan ke utara.

Beliau berkata Proton Satria yang dinaiki kesemua mangsa dikatakan berhenti di atas jalan dipercayai akibat kerosakan sebelum kenderaan Mitsubishi itu, yang datang dari arah sama, tidak sempat mengelak lalu terlanggar belakang Proton Satria.