Empat termasuk bayi maut nahas dua kenderaan

Kemalangan membabitkan Proton Satria dan Mitsubishi ASX di KM 448.0 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan awal pagi tadi.
Kemalangan membabitkan Proton Satria dan Mitsubishi ASX di KM 448.0 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan awal pagi tadi.
A
A
A

SUNGAI BULOH - [DIKEMASKINI] Empat termasuk seorang bayi maut dalam kemalangan di Kilometer 448.0 Lebuhraya Utara Selatan di sini awal pagi tadi.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Asiah Mat, 74, Ain Fazira Mohd Yazid, 25, Ruzi Osman, 54, dan Nur Tiara Arisha Muhammad Taslim, 9 bulan.

Suami Ain Fazira, Mohamad Taslim Jamsari, 31, cedera dalam kejadian itu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu Proton Satria dan Mitsubishi ASX yang dalam perjalanan ke arah selatan.

"Kejadian berlaku apabila Proton Satria dipandu Mohamad Taslim dikatakan terbabas sebelum dirempuh Mitsubishi ASX dipandu lelaki berusia 37 tahun dari arah belakang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kejadian mengakibatkan tiga mangsa iaitu Asiah, Ain Fazira, dan Nur Tiara Arisha dalam Proton Satria melambung keluar.

"Dua mangsa (Asiah dan Ain Fazira) maut di tempat kejadian, manakala dua lagi (Nur Tiara Arisha dan Ruzi) meninggal dunia semasa menerima rawatan di zon merah Hospital Sungai Buloh.

"Pemandu Proton Satria (Mohamad Taslim) sedang dirawat di zon merah Hospital Sungai Buloh, manakala pemandu Mitsubishi ASX mengalami kecederaan ringan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Azman berkata, siasatan lanjut masih lagi dijalankan pihak polis.

"Orang ramai yang melihat kejadian diharap dapat menghubungi atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.