Kilang proses barang elektrik terpakai dalam ladang digempur

Op Mega Bersepadu berjaya menahan 49 warga asing dan seorang pemilik premis warga tempatan dalam serbuan pada Selasa.
Op Mega Bersepadu berjaya menahan 49 warga asing dan seorang pemilik premis warga tempatan dalam serbuan pada Selasa.
A
A
A

KUALA LANGAT - Sebuah kilang memproses barang elektronik terpakai di Telok Panglima Garang di sini, digempur selepas disyaki memiliki kabel elektrik hasil curi bernilai RM156,000 pada Selasa.

Op Mega Bersepadu itu dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Risikan/Operasi (D4) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Jabatan Imigresen Selangor, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Pejabat Tanah Kuala Langat, Tenaga Nasional Berhad serta Telekom Malaysia (TM).

Sinar Harian yang mengikuti operasi terbabit mendapati kilang dengan anggaran keluasan empat padang bola sepak itu dilengkapi dengan hostel pekerja serta kedai runcit.

Malah, ketika serbuan segelintir pekerja asing didapati cuba melarikan diri ke kawasan ladang kelapa sawit, namun tindakan itu berjaya dipatahkan.

Kilang di Telok Panglima Garang, Kuala Langat yang digempur pada Selasa, turut dilengkapi dengan sebuah kedai runcit.
Kilang di Telok Panglima Garang, Kuala Langat yang digempur pada Selasa, turut dilengkapi dengan sebuah kedai runcit.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Risikan/Operasi/Rekod (D4) JSJ Bukit Aman, Datuk C S Shanmugamoorthy berkata, operasi kira-kira jam 11 pagi itu mendapati kilang terbabit terletak di tengah ladang kelapa sawit sejauh enam kilometer dari jalan utama.

Menurutnya, kilang disyaki menjalankan aktiviti memproses dan membeli barangan elektrik serta elektronik selain sisa barangan berjadual untuk diekstrak dengan mengeluarkan elemen berharga seperti emas, plumbum dan uranium.

Antara sisa bahan elektronik yang dijumpai di kilang terletak di Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada Selasa.
Antara sisa bahan elektronik yang dijumpai di kilang terletak di Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan awal mendapati kilang ini telah beroperasi sejak 2019.

"Kilang itu juga didapati mempunyai lima tan kabel milik TM bernilai RM156,000 yang tidak sepatutnya disimpan dan disyaki barangan curi," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Antara sisa bahan elektronik yang dijumpai di kilang terletak di Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada Selasa.
Antara sisa bahan elektronik yang dijumpai di kilang terletak di Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada Selasa.

Beliau berkata, susulan itu polis telah menahan pemilik premis iaitu seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun.

Tambahnya, seramai 49 warga asing membabitkan warga Bangladesh, Nepal, Myanmar dan China turut ditahan dan diserah kepada pihak imigresen.

"Tindakan turut diambil oleh MPKL kerana kilang itu menjalankan aktiviti berkaitan memproses sisa skrap dan wayar kabel terpakai tanpa lesen.

Op Mega Bersepadu berjaya menahan 49 warga asing dan seorang pemilik premis warga tempatan dalam serbuan pada Selasa.
Op Mega Bersepadu berjaya menahan 49 warga asing dan seorang pemilik premis warga tempatan dalam serbuan pada Selasa.

"Pihak MPKL telah mengeluarkan dua notis kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian MDKL (2007) serta perlu dijelaskan dalam tempoh tujuh hari dan sekiranya gagal, tindakan mahkamah akan diambil kepada pengusaha kilang tersebut," ujarnya.

Op Mega Bersepadu berjaya menahan 49 warga asing dan seorang pemilik premis warga tempatan dalam serbuan pada Selasa.
Op Mega Bersepadu berjaya menahan 49 warga asing dan seorang pemilik premis warga tempatan dalam serbuan pada Selasa.

Kata beliau, pihak JAS juga mengambil tindakan di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 (Akta 127).

Kes disiasat di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan serta Akta Imigresen 1959/63.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28