AS didakwa mahu bunuh komander Iran di Yemen

Jabatan Negara AS menawarkan ganjaran AS$15 juta (RM61 juta) bagi maklumat sehingga tertangkapnya Abdul Reza Shahlai yang bertindak sebagai pembiaya operasi IRGC di Yemen.
Jabatan Negara AS menawarkan ganjaran AS$15 juta (RM61 juta) bagi maklumat sehingga tertangkapnya Abdul Reza Shahlai yang bertindak sebagai pembiaya operasi IRGC di Yemen.
A
A
A

WASHINGTON - Tentera Amerika Syarikat (AS) didakwa menyasarkan seorang komander Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) berpangkalan di Yemen pada hari sama pembunuhan Leftenan Jeneral Qasem Soleimani oleh dron AS di Iraq.

Laporan The Washington Post memetik kenyataan empat pegawai AS yang tidak dinamakan menyebut, serangan di Sanaa itu menyasarkan Abdul Reza Shahlai yang bertindak sebagai pembiaya utama operasi IRGC di Yemen.

Shahlai terselamat daripada serangan itu namun seorang pegawai rendah IRGC yang bersekutu dengan pemberontak Houthi dikenali sebagai Mohammad Mirzai terkorban.

AS mengenakan sekatan ke atas Shahlai pada 2008 selepas menuduh beliau mengetuai penentangan tentera AS di Iraq, selain merancang plot pembunuhan bekas duta Arab Saudi ke AS, Adel al-Jubeir di sebuah restoran di Washington.

Jabatan Negara AS pada Disember lalu menawarkan ganjaran AS$15 juta (RM61 juta) bagi maklumat sehingga tertangkapnya Shahlai.

Pada 3 Januari lalu, Presiden Donald Trump mengarahkan pembunuhan Soleimani di Baghdad atas alasan menghentikan rancangan jahat komander kanan IRGC itu terhadap kepentingan AS di Asia Barat. - Agensi

Artikel Berkaitan: