PM iftar bersama agamawan, pemimpin NGO dan agensi kerajaan

Anwar (dua dari kanan) beramah mesra bersama para tetamu yang hadir pada Majlis Berbuka Puasa Madani Perdana Menteri bersama Para Ilmuwan dan Agamawan di Kompleks Seri Perdana malam ini. Turut kelihatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar (kanan). Foto Bernama

A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahimpada Selasa meraikan para agamawan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan wakil agensi kerajaan berkaitan hal ehwal Islam pada Majlis Berbuka Puasa Madani di kediaman rasmi beliau Kompleks Seri Perdana di sini.

Hadir sama isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar; Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.

Majlis ini turut meraikan 18 anak yatim serta asnaf dari Pusat Pendidikan dan Penjagaan Anak Yatim Baitul Ehsan Al-Khairi, Taman Maluri Kuala Lumpur.

Anwar (empat dari kanan) menunaikan solat Maghrib pada Majlis Berbuka Puasa Madani Perdana Menteri bersama Para Ilmuwan dan Agamawan di Kompleks Seri Perdana malam ini. Turut kelihatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar (enam, kanan). Foto Bernama

Anwar turut meluangkan masa beramah mesra dengan tetamu yang hadir sebelum menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah.

Beliau dan isteri bersama lebih 200 jemaah juga mengikuti tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Datuk Dr Nooh Gadut. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: