YBR salur bantuan kepada 63 sekolah di Sabah

Ewon (enam dari kanan) Philip (lima dari kanan) bersama pihak pengurusan ketika Majlis Penyerahan Sumbangan Sekolah-sekolah di Sabah
Ewon (enam dari kanan) Philip (lima dari kanan) bersama pihak pengurusan ketika Majlis Penyerahan Sumbangan Sekolah-sekolah di Sabah
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 63 buah sekolah di Sabah menerima peruntukan berupa bantuan persekolahan daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR).

Peruntukan melalui program bantuan sekolah YBR dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu melibatkan 54 sekolah kebangsaan (SK) dan sembilan sekolah menengah kebangsaan (SMK).

Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang berkata, bantuan tersebut melibatkan murid dari kalangan asnaf dan keluarga berpendapatan rendah (B40) sebagai usaha meningkatkan akademik mereka bagi sesi persekolahan tahun ini.

“Bantuan yang disalurkan diharap dapat memberi semangat dan motivasi kepada pihak sekolah untuk sentiasa meningkatkan momentum dalam membantu murid-murid.

“Selain itu ia sebagai strategi YBR dalam membantu komuniti, pelajar dan sekolah khususnya di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, Philip menjelaskan, usaha berkenaan merupakan inisiatif pihaknya membantu masyarakat dalam bidang pendidikan yang secara tidak langsung dapat meningkatkan sosioekonomi rakyat Sabah.

“Bagi tahun 2023, seramai 10,726 murid telah menerima manfaat melalui bantuan persekolahan YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1.75 juta yang melibatkan 31 lokasi,” ujarnya.

Sementara itu YBR memaklumkan, penyerahan bantuan kepada sekolah-sekolah terlibat telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick di Dewan SK St Paul Kolopis, Penampang.

Artikel Berkaitan:

Ewon (tiga dari kanan) bersama Philip (empat dari kanan) dan Pengurus Besar YBR (dua dari kiri) ketika Majlis Penyerahan Sumbangan Sekolah-sekolah di Kedamaian.
Ewon (tiga dari kanan) bersama Philip (empat dari kanan) dan Pengurus Besar YBR (dua dari kiri) ketika Majlis Penyerahan Sumbangan Sekolah-sekolah di Kedamaian.

Majlis tersebut turut dihadiri Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Ewon ketika berucap pada majlis tersebut berharap agar bantuan yang disalurkan yayasan itu dapat membantu pihak sekolah dalam meningkatkan pencapaian akademik murid melalui sesi pengajaran dan pembelajaran yang baharu.

"Terima kasih kerana YBR berterusan membantu sekolah-sekolah di Sabah dan berharap lebih banyak organisasi lain turut sama memberi bantuan, tanpa mengira bentuk atau nilai wang ringgit bagi memartabatkan pendidikan ke peringkat seterusnya,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!