Saya bukan perhiasan majlis - Agong

Sultan Ibrahim pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Bagi Tahun 2024 di Istana Negara pada Selasa. Foto Facebook Sultan Ibrahim
Sultan Ibrahim pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Bagi Tahun 2024 di Istana Negara pada Selasa. Foto Facebook Sultan Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menegaskan, baginda akan sentiasa memikul amanah Raja-Raja Melayu untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara.

Justeru Sultan Ibrahim bertitah, baginda akan memulakan cara pemerintahan yang sebenar selepas ini.

“Saya bukan patung untuk disembah atau dijadikan perhiasan dalam majlis atau dipaksa mengikut segala kata dan kehendak menteri.

“Kurang dari dua minggu lagi akan genap dua bulan saya memegang tampuk Ketua Negara. Apabila habis tempoh ‘bulan madu’ ini, saya akan mulakan cara pemerintahan yang sebenar,” titah baginda.

Sultan Ibrahim pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Bagi Tahun 2024 di Istana Negara pada Selasa. Turut berangkat, Raja Zarith Sofiah. Foto Facebook Sultan Ibrahim

Sultan Ibrahim bertitah demikian sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Bagi Tahun 2024 di Istana Negara pada Selasa.

Turut berangkat pada istiadat berkenaan, Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim bertitah, pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat adalah untuk memberi pengiktirafan kepada individu yang telah berjasa, mencurahkan khidmat bakti atau menyumbang kepada Wilayah Persekutuan.

Artikel Berkaitan:

“Saya sendiri telah meneliti setiap calon yang disediakan Jawatankuasa Pemilihan dan tahun ini, saya membuat keputusan hanya 36 penerima sahaja benar-benar layak untuk dianugerahkan,” titah baginda.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

@sinarharianonline

Saya bukan perhiasan majlis - Agong #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #SultanIbrahim #Agong #Majlis

Transformers: Arrival On Earth - Meridian Film Music Recordings