Hari Wilayah: Agong kurnia darjah kebesaran kepada 33 individu

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Seri Mahkota Wilayah yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan bagi tahun 2024 di Istana Negara pada Selasa.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Seri Mahkota Wilayah yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan bagi tahun 2024 di Istana Negara pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Selasa berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan kepada 33 individu sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2024 di Istana Negara, di sini.

Turut berangkat ke istiadat itu adalah Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Mendahului senarai penerima adalah Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh yang dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Istiadat itu turut menyaksikan lapan individu dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk, didahului Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dr Ching Thoo Kim.

Antara penerima PMW yang lain adalah Pakar Perunding Kanan Pembedahan Vaskular dan Ketua Jabatan Pembedahan Am Hospital Kuala Lumpur, Dr Hanif Hussein dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Ramlee Yatim.

Selain itu lapan individu dianugerahkan Darjah Johan Mahkota Wilayah (JMW), lima individu menerima Kesatria Mahkota Wilayah (KMW), lima individu juga dianugerahkan Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan enam individu menerima pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).

Antara penerima KMW adalah Penasihat Undang-Undang Istana Negara, Zulharry Abdul Rashid.

Istiadat itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!