Filem raya MR D.I.Y. Sama-Sama Melangkah penuh emosi

Filem web oleh MR D.I.Y yang bertajuk ‘Sama-Sama Melangkah’ berdurasi empat minit pasti menyentuh emosi penonton.
Filem web oleh MR D.I.Y yang bertajuk ‘Sama-Sama Melangkah’ berdurasi empat minit pasti menyentuh emosi penonton.
A
A
A

SHAH ALAM - Peruncit perkakas rumah, Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad (MR D.I.Y.) telah melancarkan filem web Hari Raya Aidilfitri yang bertajuk ‘Sama-Sama Melangkah’ yang menyentuh hati.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, filem web berdurasi empat minit itu mengisahkan mengenai seorang suami bernama Rahmat, yang bertungkus-lumus mencari nafkah untuk keluarganya, ibu, isteri, dan anak perempuannya Aisha.

“Kerjayanya yang memerlukan dia berpindah dari kampung ke bandar menyebabkan Rahmat dengan berat hati terpaksa menghantar ibunya ke rumah orang tua.

“Walaupun tetap mengekalkan hubungan baik dengan ibunya melalui panggilan telefon, Rahmat amat kesal kerana tidak mampu menjaganya sendiri kerana tuntutan masa dan saiz ruang yang terhad di rumah mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, selepas satu kejadian yang telah berlaku menyebabkan anak perempuan Rahmat menuduhnya mengabaikannya, yang menyebabkan kenangan silam Rahmat bersama ibunya kembali semula, membuatkan dia berasa kesal kerana mengabaikan ibunya.

“Filem berkenaan berakhir dengan Rahmat meminta maaf kepada ibunya, dan mereka sekeluarga kemudiannya meraikan Hari Raya dengan penuh meriah,” kata Alex.

Mengulas lanjut, Alex berkata, filem web perayaan itu meraikan hubungan yang mendalam antara ibu dan anak lelaki.

“Ia memfokuskan mengenai kepentingan mengetepikan perbezaan untuk membina hubungan kekeluargaan yang kukuh dan mencipta kenangan yang kekal seumur hidup.

Artikel Berkaitan:

“Kami menggesa setiap rakyat Malaysia untuk memanfaatkan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri ini untuk berhubung semula dengan keluarga dan orang tersayang, untuk mencipta detik perayaan yang penuh bermakna...”

Filem web ini tersedia untuk ditonton di platform YouTube, Facebook, Instagram, dan TikTok rasmi MR D.I.Y. Tonton versi penuh di sini: https://www.youtube.com/watch?v=F3EebapMIKo.

Filem web itu adalah sebahagian daripada inisiatif 'Raya Sama-Sama' MR D.I.Y pada Hari Raya Aidilfitri ini, yang turut merangkumi promosi “Raya Sama-Sama Bijak Berbelanja” di cawangan terpilih di seluruh negara, menampilkan lebih 100 barangan hiasan perayaan yang unik serta diskaun untuk pelbagai keperluan rumah. Inisiatif ini bermula dari 1 Mac hingga 30 April 2024.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28