Cukai jalan tamat tempoh antara kesalahan paling banyak dikesan

JPJ Selangor melaksanakan operasi di sekitar Klang dan Shah Alam berdasarkan aduan awam, pada Isnin.
JPJ Selangor melaksanakan operasi di sekitar Klang dan Shah Alam berdasarkan aduan awam, pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Cukai jalan tamat tempoh antara kesalahan paling banyak dikesan menerusi operasi penguatkuasaan di Persiaran Pulau Lumut, Klang dan Alam Budiman, di sini pada Isnin.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, operasi bermula jam 8 pagi dilaksanakan berdasarkan aduan awam.

Katanya, penguatkuasaan memfokuskan pemeriksaan kenderaan perdagangan terutama lori yang membawa muatan bahan pembinaan selain pemeriksaan kereta dan motosikal.

"Sebanyak 33 notis saman ikeluarkan dan paling banyak ialah lesen kenderaan motor (LKM) atau cukai jalan tamat tempoh sebanyak 10 kes, diikuti tiada lesen memandu kompeten (CDL) (9 kes) dan tiada Lesen Kenderaan Barangan (GDL) (8 kes).

"Selebihnya ialah tiada perlindungan insuran (4 kes) dan lain-lain kesalahan (2 kes)," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata, JPJ Negeri Selangor peka terhadap aduan yang diberikan mengikut saluran yang betul.

Jelasnya, tindakan pemantauan serta penguatkuasaan secara berterusan akan terus dilaksanakan ke atas semua jenis kenderaan agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan serta memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

"Sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau melalui platform aplikasi e-aduan@JPJ di aplikasi MyJPJ beserta butiran pengadu dan butiran aduan," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!