Keputusan STAM diumum Selasa depan

Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2023 akan dikeluarkan pada Selasa depan. Gambar hiasan
Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2023 akan dikeluarkan pada Selasa depan. Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2023 akan dikeluarkan pada Selasa depan, ujar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menerusi kenyataan kementerian itu memaklumkan calon boleh memperoleh keputusan peperiksaan STAM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada tarikh tersebut.

Keputusan peperiksaan calon persendirian akan dihantar melalui pos atau boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

"Di samping itu, calon sekolah dan persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah dalam talian di pautan myresultstam.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STAM," katanya pada Selasa.

Menurut KPM, semakan juga boleh dilakukan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan dengan menaip STAMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

"Kedua-dua sistem ini akan diaktifkan mulai jam 10:00 pagi pada 26 Mac sehingga 6:00 petang 1 April," jelas kementerian itu.

Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2023 menyaksikan seramai 4,058 orang calon telah mendaftar di 131 pusat peperiksaan seluruh negara.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!