MB Selangor agih bubur lambuk di bazar Ramadan

Amirudin (kanan) dan Rizam (dua dari kanan) mengagihkan Bubur Lambuk Rumpun Selangor di Bazar Ramadan Sungai Besar di sini pada Isnin.
Amirudin (kanan) dan Rizam (dua dari kanan) mengagihkan Bubur Lambuk Rumpun Selangor di Bazar Ramadan Sungai Besar di sini pada Isnin.
A
A
A

SABAK BERNAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengagihkan Bubur Lambuk Rumpun Selangor kepada peniaga dan pengunjung di Bazar Ramadan Sungai Besar pada Isnin.

Amirudin dan isterinya, Datin Seri Masdiana Muhamad meluangkan masa kira-kira 30 minit untuk bertanya khabar dengan penduduk setempat.

Amirudin yang tiba kira-kira jam 5 petang turut mengagihkan bubur lambuk kepada agensi kerajaan dan pasukan keselamatan di daerah Sabak Bernam.

Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna, Datuk Rizam Ismail berkata, sebanyak 2,000 bekas bubur lambuk diagihkan pada program berkenaan.

"Program ini merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk menyantuni rakyat di kawasan berkenaan.

Rizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar memberitahu, program itu dijalankan dengan kerjasama dengan Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam yang menyediakan juadah berkenaan.

"Lebih menarik bubur istimewa dari Sabak Bernam ini dibuat secara gotong royong dengan ramuan istimewa melibatkan sebanyak enam kawah.

"Selepas ini, program sama akan diadakan di Meru, Klang yang turut melibatkan sebanyak 2,000 bekas lagi bubur lambuk sempena Ramadan ini," tambah beliau.

Artikel Berkaitan: