Lelaki maut jatuh dari belon udara panas

Polis mengepung lokasi lelaki maut selepas terjatuh dari belon panas di Melbourne, Australia. Foto Agensi
Polis mengepung lokasi lelaki maut selepas terjatuh dari belon panas di Melbourne, Australia. Foto Agensi
A
A
A

MELBOURNE - Seorang lelaki menemui ajal selepas jatuh dari belon udara panas pada Isnin ketika sedang melintasi atas bahagian luar bandar Melbourne.

Belon udara itu berlepas dari luar bandar Melbourne di sebelah utara pada awal pagi dan terapung di udara selama sekitar 30 minit sebelum lelaki itu jatuh dari bakul belon udara berkenaan.

Mayatnya ditemui di kawasan perumahan, di mana ia ditutup kepada lalu lintas oleh polis daerah Victoria.

Manakala, belon udara itu mendarat dengan selamat beberapa batu dari mana jasad lelaki itu ditemui.

Polis menyatakan ia akan menyiapkan laporan bagi koroner dan kematian itu tidak dianggap sebagai mencurigakan.

Pada masa sama, pihak berkuasa sedang menghubungi juruterbang, penumpang dan saksi bagi insiden belon udara itu. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Lelaki maut terjatuh belon udara panas di Melbourne Seorang lelaki temui ajal selepas terjatuh dari belon udara panas pada Isnin ketika melalui bandar Melbourne, Australia. Muzik: Yari - Deep Journey dari Bensound.com Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Dunia #Global #Australia #BelonUdaraPanas #Nahas

Artikel Berkaitan:

original sound - Sinar Harian