Agong kurnia surat cara pelantikan kepada lima hakim

Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Hanipah Farikullah.
Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Hanipah Farikullah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Isnin berkenan menerima menghadap dan mengurniakan surat cara pelantikan kepada lima hakim di Istana Negara di sini.

Istiadat yang berlangsung di Singgahsana Kecil Istana Negara itu dimulakan dengan pengurniaan surat cara pelantikan kepada Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Hanipah Farikullah dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Alexander Siew How Wai. Foto Bernama
Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Alexander Siew How Wai. Foto Bernama

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan surat cara kepada tiga Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Su Tiang Joo, Alexander Siew How Wai dan Amelati Anak Parnell.

Antara yang turut hadir menyaksikan istiadat berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said; Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat; Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar Abang Hashim dan Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.

Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Amelati Anak Parnell. Foto Bernama
Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Amelati Anak Parnell. Foto Bernama

Hanipah dan Vazeer Alam sebelum ini merupakan Hakim Mahkamah Rayuan, manakala tiga yang lain sebelum ini ialah Pesuruhjaya Kehakiman.

Artikel Berkaitan:

Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vazeer Alam Mydin Meera. Foto Bernama
Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vazeer Alam Mydin Meera. Foto Bernama

Selesai pengurniaan surat cara pelantikan, Seri Paduka Baginda bergambar bersama hakim-hakim yang baru dilantik. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28