Tak sempat lepas gian!

Antara lokasi yang digempur sepasukan polis dalam Ops Ice Breaker 2.0 di sekitar Klang Utara semalam.
Antara lokasi yang digempur sepasukan polis dalam Ops Ice Breaker 2.0 di sekitar Klang Utara semalam.
A
A
A

KLANG - Seramai 20 lelaki termasuk dua warga asing ditahan dalam serbuan berasingan polis menerusi Ops Ice Breaker 2.0 di sekitar daerah Klang Utara, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, kesemua yang ditahan termasuk dua warga asing iaitu Indonesia dan Myanmar berusia lingkungan 25 sehingga 56 tahun.

Menurutnya, operasi itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara bermula jam 12 tengah hari.

"Pemeriksaan lanjut menemui dadah jenis heroin dianggar seberat 3 gram dan syabu (8.42 gram).

"Selain itu, semakan juga mendapati lapan suspek dikesan memiliki rekod lampau bersabit kes dadah," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Antara lokasi yang digempur sepasukan polis BSJN IPD Klang Utara dalam Ops Ice Breaker 2.0 di sekitar Klang Utara semalam.
Antara lokasi yang digempur sepasukan polis BSJN IPD Klang Utara dalam Ops Ice Breaker 2.0 di sekitar Klang Utara semalam.

Nurulhuda berkata, semakan lanjut juga mendapati suspek warga Myanmar terbabit adalah pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang juga pekerja buruh.

Katanya, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti pembabitan kesemua suspek dalam penyalahgunaan dadah.

Artikel Berkaitan:

"Sebahagian tangkapan juga telah dirujuk kepada pihak AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952, Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983 serta Seksyen 15(1)(a) ADB 1952," katanya.