Wanita 'buat kecoh' di masjid ada masalah mental

Tangkap layar kamera litar tertutup yang memaparkan seorang wanita memasuki ruang solat lelaki sebelum melontarkan soalan berbaur provokasi.
Tangkap layar kamera litar tertutup yang memaparkan seorang wanita memasuki ruang solat lelaki sebelum melontarkan soalan berbaur provokasi.
A
A
A

GEORGE TOWN - Wanita yang didakwa memasuki Masjid Jamek Ar-Rahman Batu Feringghi dan bertindak melakukan provokasi terhadap jemaah seperti tular di media sosial dilaporkan mengalami masalah mental.

Malah kejadian yang berlaku pada 12 Mac lalu didakwa bukanlah insiden kali pertama sebaliknya wanita warga emas terbabit pernah beberapa kali melakukan tindakan sama kerana tidak berpuas hati dengan bunyi yang didakwa bising dari pembesar suara masjid.

Pengerusi Kariah Jamek Ar-Rahman, Ismail Din berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam apabila wanita berkenaan masuk ke dalam masjid tanpa menutup aurat dan bertanyakan kepada jemaah mengenai suara bacaan bilal serta imam yang didakwa terlalu kuat hingga mengganggu kejiranan.

Katanya, wanita itu kemudian melontarkan soalan berbaur provokasi selain menggunakan perkataan kurang sopan.

"Wanita itu datang sendirian ketika jemaah sedang melaksanakan solat sunat witir sebelum cuba mencetuskan kekecohan.

"Bukan kali pertama dia bertindak sedemikan, ini kali ketiga malah sebelum ini dua kali wanita itu meluahkan rasa tidak puas hati menerusi kiriman surat namun begitu kami tidak membuat laporan polis berikutan difahamkan dia mempunyai masalah kesihatan mental.

“Bagaimanapun selepas video berhubung kejadian tular di media sosial kami terpaksa buat laporan bagi mengelakkan timbul isu lain termasuk kejadian sama berulang,” katanya ketika dihubungi di sini.

Ismail berkata, keluarga kepada wanita itu ada menghubunginya dan memaklumkan wanita itu mempunyai masalah kesihatan mental selepas pulang dari London.

Artikel Berkaitan:

Wanita yang didakwa memasuki Masjid Jamek Ar-Rahman Batu Feringghi dan bertindak melakukan provokasi terhadap jemaah seperti tular di media sosial dilaporkan mengalami masalah mental.
Wanita yang didakwa memasuki Masjid Jamek Ar-Rahman Batu Feringghi dan bertindak melakukan provokasi terhadap jemaah seperti tular di media sosial dilaporkan mengalami masalah mental.

Berikutan itu, pihaknya sedang mengatur pertemuan dengan wanita terbabit bagi memintanya memembuat permohonan maaf selain mahu menjernihkan keadaan.

Katanya, bagi mengelak kejadian sama berulang lagi, pihaknya membuat laporan polis dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, tular beberapa rakaman kamera litar tertutup memaparkan seorang wanita memasuki ruang solat lelaki sebelum melontarkan soalan berbaur provokasi.

Video itu mencetuskan pelbagai reaksi terutama rasa tidak senang warganet terhadap perbuatan disifatkan melampau yang dilakukan oleh wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid ketika dihubungi memaklumkan pihaknya menerima laporan berhubung tindakan wanita warga emas itu pada 15 Mac lalu.

“Laporan dibuat di Balai Polis Batu Feringghi dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Datuk Mohamad Abdul Hamid ketika dihubungi memaklumkan pihaknya masih menunggu laporan lengkap daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang berhubung kejadian berkenaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!